CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Senin, 01 Desember 2008

Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dibatasi, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solihah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya, Kemanisan wanita solihah, tidak terletak pada kemanjaannya, kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, ,

Wahai wanita jangan bangga dengan kecantikan wajahmu,
kerana satu hari nanti ia akan lapuk di telan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan didalamnya, Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi
yang kau kuasai, kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, Bersyukurlah diatas apa yang ada, Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"