
Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dibatasi, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solihah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya, Kemanisan wanita solihah, tidak terletak pada kemanjaannya, kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, ,
Wahai wanita jangan bangga dengan kecantikan wajahmu, kerana satu hari nanti ia akan lapuk di telan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan didalamnya, Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai, kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, Bersyukurlah diatas apa yang ada, Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"
Senin, 01 Desember 2008
Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah
Diposting oleh Ganis Afifah di 00.02 0 komentar
Sabtu, 22 November 2008
Ciri Wanita Sholehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah yaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapak
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Senantiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik & kecantikannya serta rumah tangga
Diposting oleh Ganis Afifah di 18.54 3 komentar
